2025-09-19 HaiPress

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Datuk Seri Norliza Abdul Rahim/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,19 September - Dasar insentif pengecualian bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi graduan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama kekal berkuat kuasa dan tidak pernah ditarik balik.
Pengerusi PTPTN Datuk Seri Norliza Abdul Rahim menerusi kenyataan memaklumkan insentif pengecualian itu diberikan kepada peminjam PTPTN yang menjadi graduan mulai 2019 dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama daripada Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf tanpa mengira latar belakang ekonomi,kaum atau agama.
"Graduan yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan boleh mengemukakan permohonan pengecualian bayaran balik secara dalam talian melalui aplikasi Web myPTPTN di pautan: https://myptptn.ptptn.gov.my.
Beliau berkata PTPTN sentiasa komited dalam memastikan proses permohonan insentif tersebut dilaksanakan secara telus,efisien dan adil demi menjaga kebajikan peminjam serta menyokong aspirasi pendidikan tinggi negara.
"Sehubungan itu,PTPTN menyeru semua pihak agar tidak mempolitikkan isu pendidikan serta menghormati dasar sedia ada yang memberi manfaat secara langsung kepada graduan cemerlang.
"Fokus utama kita adalah untuk memastikan pendidikan kekal sebagai medan pembangunan insan dan bukannya medan polemik politik",katanya.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur