2025-09-19 HaiPress

Majlis pertukaran MoU disaksikan oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,19 September- Malaysia dan Palestin memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) Perdagangan dan Kerjasama Ekonomi bagi memperkukuh hubungan dua hala.
Inisiatif itu juga membuka peluang baharu dalam perdagangan,pelaburan dan pembangunan ekonomi.
Kerjasama berkenaan tertumpu kepada pembangunan zon perindustrian,pengukuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS),serta memperluas potensi dalam industri halal,pelancongan,tenaga dan ekonomi digital.
MoU itu turut merangkumi pertukaran kepakaran,latihan,serta galakan kerjasama sektor swasta.
Majlis pertukaran MoU disaksikan oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ia disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI),Datuk Hairil Yahri Yaacob bagi pihak Malaysia dan Duta Besar Palestin ke Malaysia,Walid Abu Ali sambil
Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata,Malaysia komited membantu Palestin membina semula ekonomi serta meletakkan asas kukuh bagi pemulihan sosioekonomi negara itu.
“MoU ini membuktikan visi bersama dalam mewujudkan hubungan perdagangan dan pelaburan yang mampan,khususnya dalam sektor berpotensi tinggi seperti industri halal,ekonomi digital dan PKS,” katanya dalam kenyataan.
Beliau menambah,kerajaan bersetuju secara prinsip untuk mengecualikan sebahagian produk pertanian dan makanan Palestin yang diimport ke Malaysia daripada cukai kastam.
Pada 2024,Palestin muncul sebagai rakan dagangan ke-15 terbesar Malaysia di Asia Barat.
Eksport utama Malaysia ke negara itu terdiri daripada produk berasaskan plastik dan makanan diproses,manakala import utama dari Palestin ialah produk pertanian seperti kurma.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur