2025-09-19 HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,berucap merasmikan MIHAS 2025 di MITEC.
KUALA LUMPUR,19 September - Malaysia terus mengekalkan kedudukan sebagai peneraju utama industri halal dunia dengan pensijilan halal JAKIM yang diiktiraf antarabangsa serta pencapaian konsisten dalam penarafan global.
Perdana Menteri,berkata Malaysia mengekalkan kedudukan teratas dalam Global Islamic Economy Indicator (GIEI) selama 11 tahun berturut-turut,khususnya dalam kewangan Islam,makanan halal serta media dan rekreasi.
“Malaysia mengekalkan kedudukan teratas selama 11 tahun berturut-turut bukan sahaja hasil sokongan industri dan kementerian tempatan,tetapi juga berkat sokongan anda semua dari pelbagai negara. Keunggulan Malaysia jelas terbukti dalam bidang kewangan Islam,makanan halal serta media dan rekreasi,” katanya.
Beliau berucap ketika merasmikan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2025 edisi ke-21 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC),hari ini.
Menurutnya,hampir 10,000 syarikat yang lebih 80 peratus daripadanya merupakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS),telah memperoleh pensijilan halal JAKIM yang diiktiraf ketat di peringkat antarabangsa.
“Halal bukan sekadar label,tetapi simbol kepercayaan antarabangsa. Setakat ini hampir 10,000 syarikat,merangkumi lebih 80 peratus PKS,telah menerima pensijilan halal JAKIM berdasarkan pematuhan dan piawaian komprehensif yang ditetapkan,” jelasnya.
Tambah beliau,menerusi Pelan Induk Industri Halal 2030 dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030,kerajaan Madani menyasarkan sektor halal menyumbang RM231 bilion atau 10.8 peratus kepada KDNK negara menjelang 2030,termasuk eksport halal bernilai RM80 bilion.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur