2025-09-19 HaiPress

Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia,Datuk Jaafar Sidek Abdul Rahman.
KUALA LUMPUR,17 September - Persidangan Antarabangsa Arkib bertemakan “Unity,Access and Identity” menekankan peranan rekod dan dokumen dalam membentuk naratif negara serta memperkukuh perkongsian serantau ASEAN.
Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia,Datuk Jaafar Sidek Abdul Rahman,berkata persidangan kali ini memberi fokus kepada kesatuan identiti serantau,akses terbuka melalui teknologi,serta pemeliharaan Documentary Heritage sebagai warisan kebangsaan.
“Tema Unity,Access and Identity merujuk kepada bagaimana komponen rekod mampu membentuk naratif sebuah negara,bukan sahaja Malaysia,bahkan ASEAN. Ia juga memberi penekanan kepada usaha menjaga warisan dokumentari dan akses terbuka kepada masyarakat,” katanya ketika menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.
Persidangan ini turut membincangkan isu rekod rentas sempadan yang menjadi cabaran dalam perkongsian maklumat. Ia menerusi penglibatan organisasi antarabangsa seperti Memory of the World Committee for Asia-Pacific (MOWCAP),International Centre for Documentary Heritage (ICDH) Korea Selatan,dan International Council on Archives (ICA).
Selain pakar arkib dari Malaysia,Singapura,Indonesia dan Thailand,persidangan ini juga memberi ruang kepada Timor-Leste sebagai ahli baharu ASEAN untuk menyertai rangkaian Southeast Asia Regional Branch of ICA (SARBICA).
“Persidangan kali ini menemukan pakar-pakar untuk membina kepakaran,berkongsi pengetahuan,serta memperkukuh kerjasama serantau. Inilah platform untuk membawa agenda keterangkuman dan kemampanan arkib ASEAN ke peringkat dunia,” jelasnya.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur