2025-09-19 HaiPress

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bentong sedang menguruskan mangsa yang maut dihempap pokok tumbang di Janda Baik.
BENTONG,19 September - Seorang wanita maut,manakala dua lagi cedera selepas dihempap pokok tumbang ketika berkhemah di tapak perkhemahan Pulau Santap,Janda Baik,pagi tadi.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang,Zulfadli Zakaria,berkata mangsa,Herini Mohammad Ali,38 tahun,disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Menurut beliau,pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.56 pagi,sebelum 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bentong bersama dua jentera serta enam anggota Pasukan Bomba Sukarela Janda Baik dikejarkan ke lokasi.
Sebaik tiba,pasukan bomba mendapati pokok tumbang menghempap khemah,mengakibatkan seorang lelaki dan seorang kanak-kanak lelaki cedera,manakala seorang wanita dewasa meninggal dunia.
Mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,manakala dua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Bentong.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur