2025-09-19 HaiPress

Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada media mengenai ketegangan sempadan Thailand-Kemboja.
KUALA LUMPUR,19 September - Malaysia telah mengadakan perbincangan semula susulan ketegangan yang memuncak di sempadan Thailand dan Kemboja.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,berkata beliau sendiri telah menghubungi kedua-dua pemimpin negara berkenaan bagi mendapatkan gambaran terkini.
“Semalam saya berbincang dengan Perdana Menteri Thailand dan juga Kemboja,” katanya.
Namun,beliau enggan mengulas lanjut mengenai hasil perbincangan tersebut.
Perdana Menteri menegaskan keutamaan Malaysia adalah memastikan konflik berkenaan ditangani melalui saluran diplomasi bagi mengelakkan implikasi terhadap kestabilan rantau.
Terdahulu,Kemboja mendakwa tentera Thailand bertindak menghalang lebih 20 keluarga daripada pulang ke rumah mereka menerusi kawasan sempadan yang menjadi pertikaian.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur