2025-09-19 HaiPress

Foto hiasan / BERNAMA
KUALA LUMPUR,19 September - Orang ramai diingatkan agar memastikan cip MyKad berfungsi dengan baik.
Peringatan itu disuarakan Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Menurut beliau,subsidi bersasar harga petrol hanya boleh dinikmati apabila MyKad digunakan sebagai pengesahan identiti semasa mengisi minyak.
“Kalau cip rosak atau tidak boleh dibaca,jangan risau. Anda boleh ke mana-mana pejabat atau kaunter Jabatan Pendaftaran Negara di seluruh negara.
“Insya-Allah,siap pada hari sama. Mudah dan cepat.
"Jangan tunggu saat akhir,buat semakan awal supaya anda dan rakan-rakan dapat menerima manfaat subsidi petrol khas ini," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Menurut beliau,kerajaan MADANI komited terus membantu rakyat,termasuk menjaga kebajikan semua golongan dan memakmurkan ekonomi negara dengan penuh integriti serta tanggungjawab.
Beliau turut memberi bayangan harga petrol RON95 dijangka turun kepada RM1.99 seliter pada hujung bulan ini.
Ia menerusi pelaksanaan subsidi bersasar.
“Alhamdulillah,Perdana Menteri bakal menunaikan janji kepada rakyat Malaysia. Insya-Allah,harga petrol RON95 akan turun ke RM1.99 seliter hujung bulan ini.
“Walaupun ambil masa sedikit,Alhamdulillah beliau tetap tunaikan janji dan berpegang pada kata-kata. Seorang yang menepati janji. Setiap janji yang dibuat akan dilaksanakan untuk rakyat Malaysia,” katanya.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur