2025-09-19 HaiPress

Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz selepas Persidangan Perniagaan Halal Sedunia (WHBC) 2025. / Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,18 September - Ekonomi halal negara terus mencatat pertumbuhan positif apabila menyumbang sekitar tujuh peratus atau RM145 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2024.
Menurut Menteri Pelaburan,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz,angka itu menunjukkan peningkatan hampir 37 peratus berbanding 2022 sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju industri halal global.
Bagi tempoh sama,nilai eksport halal negara mencapai RM61.78 bilion dengan jumlah pengeksport meningkat kepada lebih 1,500 syarikat dengan kenaikan 20 peratus berbanding tahun sebelumnya.
“Ekonomi halal untuk tahun 2024 sahaja menyumbang sekitar tujuh peratus kepada KDNK,bersamaan kira-kira RM145 bilion. Ini menunjukkan peningkatan besar berbanding tahun lalu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Persidangan Perniagaan Halal Sedunia (WHBC) 2025,hari ini.
Sehingga Jun tahun ini,sebanyak 10,129 syarikat memperoleh pensijilan halal,manakala 22 taman perindustrian halal berjaya menarik pelaburan bernilai RM16.7 bilion,dengan 55 peratus daripadanya pelaburan asing.
Dalam pada itu,kerajaan juga sedang menyiapkan kertas kabinet bagi menubuhkan Suruhanjaya Halal Malaysia sebagai badan berkanun untuk menyelaras dasar dan peraturan halal secara menyeluruh.
Selain itu,katanya,Malaysia turut mencadangkan penubuhan Majlis Halal ASEAN sebagai platform kerjasama serantau,di samping meneroka potensi baharu industri halal dalam bidang kewangan digital,bioteknologi dan tenaga hijau.
Menurut Tengku Zafrul,sasaran kerajaan adalah meningkatkan sumbangan industri halal kepada 11 peratus KDNK menjelang 2030,selaras dengan Pelan Induk Industri Halal 2030.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur