2025-09-22 HaiPress

FOTO RTM
KEMAMAN,21 September - Petronas melaksanakan teknik pembakaran terkawal bagi mengeluarkan sisa gas butana dalam saluran paip yang bocor di Kerteh sebagai prosedur keselamatan standard.
Timbalan Ketua Polis Terengganu,SAC Suffian Sulaiman berkata,operasi hari kedua hari ini menunjukkan penurunan ketara kadar gas butana dalam paip berkenaan.
Menurutnya,teknik itu perlu dilakukan bagi mempercepat proses pengosongan paip supaya kerja-kerja penyelenggaraan dapat dilaksanakan segera.
Selain itu,Petronas turut memasukkan gas nitrogen ke dalam saluran paip untuk menghasilkan tindak balas yang membantu melancarkan pergerakan keluar gas.
Dua pembakar mudah alih turut dipasang di lokasi sebagai langkah tambahan kawalan.
“Semalam tekanan gas berada pada sekitar 30 bar,tetapi kini hanya tinggal 1 bar. Petronas juga menyediakan blower yang digunakan untuk menghala tiupan angin ke arah hutan supaya pergerakan gas tidak sampai ke kawasan kampung atau ke lokasi operasi,” katanya.
Beliau berkata,meskipun kandungan gas butana di udara masih dikesan pada paras satu peratus dalam lingkungan 400 meter,operasi masih mengekalkan jarak kawalan sejauh 500 meter sebagai langkah berjaga-jaga.
SAC Suffian turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan berita palsu berkaitan insiden itu bagi mengelakkan panik,dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang berbuat demikian.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur