2025-09-22 HaiPress

Menteri Besar Perak,Datuk Seri Saarani Mohamad bergambar ketika melihat pameran motosikal retro selepas merasmikan Majlis Kemuncak Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) 2025 di Stadium Indera Mulia hari ini/ Foto BERNAMA
IPOH,21 September - Kerajaan Negeri Perak akan memperluas kempen kesedaran berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ke seluruh daerah mulai tahun depan dengan kerjasama pelbagai agensi dan pihak berkepentingan.
Menurut Menteri Besar,Datuk Seri Saarani Mohamad,usaha tersebut penting bagi mengubah persepsi lapuk masyarakat terhadap nilai sijil TVET serta meningkatkan keyakinan terhadap peluang kerjaya dalam bidang kemahiran.
Beliau menegaskan,peluang pekerjaan dalam sektor berasaskan kemahiran kini semakin luas,seiring pertumbuhan pesat industri seperti automotif elektrik di Perak.
"Jadi kerana itu kita dah turun padang,dengan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) semua,dengan Jabatan Pelajaran,kita jumpa ibu bapa dulu,ketua PIBG,kemudian kita jumpa pelajar kerana kita nak yakinkan mereka,kita perlukan,dulu betul lah,dulu orang mungkin tak nampak buat apa sijil ini,nak buat apa sijil welding tapi sekurang-kurangnya saya nak beritahu 3,000 pertama kita nak tahun depan," kata beliau selepas merasmikan majlis penutup Karnival Mesra Anak Muda 2025 di Stadium Indera Mulia,di sini yang menghimpunkan lebih 10,000 pengunjung sepanjang dua hari penganjurannya.
Tambah Saarani,kerajaan negeri mahu memastikan kekosongan pekerjaan dalam sektor automotif elektrik,logistik serta industri lain diisi anak tempatan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur