2025-09-22 HaiPress

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM),Mohd Azmi Abdul Hamid
SEPANG,21 September - Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza tetap diteruskan meskipun berdepan ancaman keselamatan daripada pihak Israel di perairan antarabangsa.
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM),Mohd Azmi Abdul Hamid menegaskan,sukarelawan tidak akan berundur kerana misi itu dijalankan semata-mata atas nama kemanusiaan.
“Daripada hampir 1,000 delegasi,tidak seorang pun menyatakan hasrat berundur. Apa pun berlaku,mereka tekad untuk terus mara menyampaikan bantuan,” katanya.
Beliau ditemui pemberita pada sesi pelepasan Misi Kemanusiaan Bantuan Banjir Pakistan di Pintu Pelepasan,Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1).
Jelasnya,tuduhan Israel yang disifatkan tidak berasas dan ancaman dron,tidak mematahkan semangat sukarelawan untuk tetap meneruskan perjalanan walaupun ada kapal mengalami kerosakan.
“Kita terima laporan ada kapal yang rosak,tetapi pelayaran tetap diteruskan. Israel mula menghantar dron pemantau dan cuba melabel misi ini sebagai pengganas. Itu taktik biasa mereka,dan kita sudah bersedia,” jelasnya.
Menurut beliau,hampir 1,000 sukarelawan daripada 44 negara menyertai flotilla,merangkumi pelbagai agama dan bangsa,sebagai simbol perpaduan antarabangsa dalam membela rakyat Gaza.
Rakyat Malaysia turut diseru memberi sokongan moral walaupun sekadar doa,sebagai tanda solidariti terhadap Gaza dan suntikan semangat buat sukarelawan yang sedang berjuang di lautan.
Dalam perkembangan lain,bantuan kemanusiaan bernilai RM100,000 turut disalurkan untuk membantu lebih 7,500 mangsa banjir di Pakistan.
Mohd Azmi menjelaskan,bantuan disalur berdasarkan keperluan asas mangsa seperti kelambu,makanan masak,makanan pek dan kit kebersihan.
“Sumbangan ini datang daripada rakyat Malaysia melalui usaha kutipan dana NGO,” katanya.
Bantuan berkenaan disampaikan melalui empat NGO Malaysia iaitu MAPIM,Ihsanku,Borderless Humanity dan Yayasan Mualaf Malaysia,dengan kerjasama Alkhidmat Foundation Pakistan bagi memastikan agihan sampai tepat kepada mangsa.
Misi selama lima hari itu disertai lapan wakil daripada setiap NGO dan diketuai Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar.
Kerjasama tersebut turut mengeratkan hubungan diplomatik dan persahabatan antara Malaysia dan Pakistan.
Turut hadir ketika pelepasan di KLIA 1 ialah wakil Kedutaan Pakistan di Malaysia,Hamza Naveed.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur