2025-09-22 HaiPress

FOTO KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI PERANCIS
LYON,20 September - Kedutaan Besar Malaysia di Perancis dengan kerjasama Tourism Malaysia Paris serta Malaysian Association in Lyon (MALYON) telah menganjurkan program Metro Sarong 2025 di bandar ini,dengan penyertaan lebih 70 individu termasuk diaspora serta sahabat-sahabat Malaysia dari sekitar wilayah Auvergne-Rhône-Alpes.
Kedutaan Besar Malaysia di Perancis menerusi satu kenyataan memaklumkan,para peserta berkumpul di Place des Terreaux,berhadapan Hôtel de Ville Lyon,sambil mengenakan sarung pelbagai warna dan corak termasuk batik dan pelikat. Mereka kemudiannya menaiki metro menuju ke Place Maréchal Lyautey,lokasi berlangsungnya Fête des Bannières du Monde (Festival Bendera Dunia) anjuran bandar Lyon.
"Festival tersebut meraikan kepelbagaian budaya dari seluruh dunia melalui persembahan muzik,tarian,makanan,pakaian tradisional,permainan serta perarakan besar-besaran yang disertai lebih 40 negara.
"Program Metro Sarong,yang diinspirasikan daripada “Keretapi Sarong” di Malaysia,merupakan sebahagian daripada usaha diplomasi budaya Kedutaan Besar Malaysia untuk memperkenalkan keunikan warisan dan tradisi negara di Perancis," menurut kenyataan tersebut.
Duta Besar Malaysia ke Perancis,Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim,melahirkan rasa bangga dengan penganjuran edisi kedua Metro Sarong di Lyon selepas kejayaan penganjuran sulung di Paris pada September 2024.
“Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan warga Malaysia di Perancis,malah menjadi wadah untuk kita berkongsi budaya Malaysia dengan masyarakat tempatan dan pelancong antarabangsa,sekali gus memperkukuh promosi negara di peringkat global,” katanya.
Menariknya,acara tersebut berlangsung serentak dengan sambutan European Heritage Day pada 20 hingga 21 September,menjadikan Metro Sarong sebagai inisiatif yang tepat untuk mengetengahkan warisan dan budaya Malaysia di pentas Eropah.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur