2025-09-22 HaiPress

Menteri Pertahanan,Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika sidang media selepas melawat Kem Lok Kawi,Kota Kinabalu hari ini/ Foto RTM
KOTA KINABALU,21 September - Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)mengambil 38sekolah dalam kem tentera di seluruh negarasebagai Sekolah Angkat MADANI dengan dua daripadanyadi Sabah.
Menteri Pertahanan,Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata,program tersebut merupakan antara inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan di bawah program MADANI yang dilaksanakan oleh LTAT bersama-sama dengan syarikat dan kumpulannya bagi membantu sekolah terbabit.
"Hari ini di Sabahkita telah membuat penyampaian kepada duasekolah,satu sekolah dalam kem di sini dan satu lagidalam kem di Kota Belud. Setiap sekolah mendapat sumbangan RM25,000," kata beliau ketika ditemui pemberita selepas melawatKem Lok Kawi,di sini hari ini.
Sekolah Angkat MADANI dicetuskan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim supayasektor korporat Malaysia memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan negara,khususnya dalam bidang pendidikan.
Selain daripada program Sekolah Angkat MADANI,LTAT turut melaksanakan program Kem Santuni MADANI yang bertujuan meningkatkan kemudahan di kem tentera dengan peruntukan RM100,000 bagi setiap kem.
Terdapat lima kem di bawah program ini iaituduadi Sabah dan tiga di Semenanjung.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur