2025-09-22 HaiPress

Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Kerja Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi Bulan Sept 2025 di Dewan De 'Seri Endon Puspanitapuri hari ini / BERNAMA
PUTRAJAYA,22 September - Pulangan hasil daripada penyasaran subsidi yang dilaksanakan kerajaan akan disalurkan semula kepada rakyat melalui penambahbaikan infrastruktur dan kerja-kerja membaik pulih kerosakan akibat banjir.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,hasil daripada penyasaran subsidi diesel sebelum ini juga membolehkan kerajaan menyalurkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bernilai RM100 kepada rakyat Malaysia,walaupun melibatkan implikasi kewangan melebihi RM2 bilion.
Menurut beliau,langkah menaikkan sedikit harga subsidi bagi bukan warganegara tetapi menurunkan untuk rakyat Malaysia membolehkan pulangan hasil negara dikembalikan terus kepada rakyat.
Beliau turut menekankan contoh kerosakan akibat banjir di Sabah,di mana beliau bersama Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,telah meninjau kerosakan serius,termasuk di Institut Pendidikan Guru Kota Kinabalu,cerun jalan,klinik dan sekolah yang memerlukan pembaikan segera.
“Cerun jalan,klinik dan sekolah semua harus diperbaiki. Jadi,ada beban baharu yang kita perlu manfaatkan daripada dana ini untuk bantu rakyat terjejas,” katanya.
“Tumpuan kita masih dalam bidang pendidikan,kesihatan dan prasarana asas,” tambah beliau ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulan September 2025 Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur