2025-09-22 HaiPress

Malaysia mencatatkan nilai eksport lebih tinggi bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini,dengan eksport meningkat 3.9 peratus kepada RM1.032 trilion / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,19 September -Malaysia mencatatkan nilai eksport lebih tinggi bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini,dengan eksport meningkat 3.9 peratus kepada RM1.032 trilion,sekali gus melepasi paras RM1 trilion sebulan lebih awal berbanding tahun 2024.
Bagi tempoh sama,import berkembang 3.6 peratus kepada RM945.62 bilion,menurut kenyataan Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) hari ini.
Secara keseluruhan,perdagangan dari Januari hingga Ogos 2025 meningkat 3.8 peratus tahun ke tahun kepada RM1.977 trilion,menghasilkan lebihan dagangan sebanyak RM86.07 bilion.
Bagi Ogos 2025,jumlah dagangan Malaysia susut 1.9 peratus tahun ke tahun kepada RM247.07 bilion,dipengaruhi perubahan landskap perdagangan global. Walau bagaimanapun,eksport mencatatkan peningkatan untuk dua bulan berturut-turut,naik 1.9 peratus kepada RM131.6 bilion.
Import pula berkurangan 5.9 peratus kepada RM115.47 bilion,sekali gus menghasilkan lebihan dagangan sebanyak RM16.13 bilion. Ia merupakan lebihan dagangan ke-64 bulan berturut-turut sejak Mei 2020.
MITI menjelaskan,eksport pada Ogos 2025 dipacu prestasi kukuh barangan perkilangan dan keluaran pertanian,dengan sektor pertanian kembali pulih daripada pertumbuhan negatif yang direkodkan pada Julai 2025.
Eksport barangan optikal dan saintifik turut merekodkan prestasi memberangsangkan,mencatat nilai tertinggi setakat ini.
Sehubungan itu,MITI menggalakkan pengeksport tempatan menambah baik serta mempelbagaikan penawaran produk,di samping meningkatkan kecekapan rantaian bekalan bagi mengurangkan kesan peralihan dasar serta ketidaktentuan landskap perdagangan global.
“Pengeksport juga disaran untuk memanfaatkan 18 perjanjian perdagangan bebas yang telah diratifikasikan oleh Malaysia dengan pelbagai negara dan ekonomi,” jelas kenyataan itu.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur