2025-09-22 HaiPress

Pertandingan akhir RekaRangers menyaksikan para pelajar mengetengahkan pelbagai idea dan penyelesaian bagi menangani cabaran bertemakan bandar pintar,teknologi hijau,mobiliti masa depan dan kesihatan dan kesejahteraan.
CYBERJAYA,20 September- Cyberview Sdn Bhd komited memperkukuh peranannya sebagai hab teknologi dan inovasi di Malaysia menerusi penganjuran Pertandingan Inovasi Pelajar RekaRangers pada masa akan datang.
Ketua Pegawai Eksekutifnya,Kamarul Ariffin Abdul Samad berkata pertandingan yang julung kali diadakan sempena festival Rekafest itu,menerima lebih 180 penyertaan dari seluruh negara.
Ini membuktikan minat mendalam generasi muda terhadap bidang Sains,Teknologi,Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
''Kami percaya bahawa inovasi harus bermula pada peringkat awal pendidikan. Minda yang ingin tahu perlu dipupuk serta diberikan galakan dan peluang yang diperlukan untuk mereka bentuk,bereksperimen,dan membentangkan idea.
''Pertandingan seperti RekaRangers memastikan bahawa inovasi bukan sekadar satu konsep,malah pengalaman yang bermakna untuk golongan belia kita,'' katanya pada perasmian program tersebut,hari ini.
Pertandingan akhir RekaRangers menyaksikan para pelajar mengetengahkan pelbagai idea dan penyelesaian bagi menangani cabaran bertemakan bandar pintar,mobiliti masa depan dan kesihatan dan kesejahteraan.
Setiap pasukan dinilai berdasarkan keaslian projek,aspek praktikal,impak serta manfaatnya kepada komuniti dan kelestarian.
Program yang berlangsung di RekaScape turut menampilkan Cyberjaya DroneX,acara perlumbaan malam dron,bola sepak dron dan ujian simulator dengan kerjasama Futurise dan Akademi Kebangsaan Kecemerlangan Sukan Dron (AKSADRON).
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur