2025-09-22 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,21 September- Setiausaha Agung ASEAN,Dr. Kao Kim Hourn akan mengetuai delegasi Sekretariat ASEAN ke Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 dan mesyuarat berkaitan yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur pada 22 hingga 26 September ini.
Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz itu turut melibatkan Mesyuarat Bersama Majlis Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) ke-39,Majlis Kawasan Pelaburan ASEAN (AIA) ke-28,serta konsultasi dengan rakan dialog,majlis perniagaan dan Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO).
Menurut kenyataan Sekretariat ASEAN,mesyuarat tersebut menjadi platform penting untuk para menteri membincangkan isu-isu ekonomi global dan serantau,menilai pencapaian semasa,selain meneroka peluang memperkukuh kerjasama ekonomi bagi menyokong integrasi ekonomi ASEAN.
"Selain meneliti perkembangan Keberhasilan Utama Ekonomi (PED) di bawah pelaksanaan Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2025,para menteri turut dijadual membincangkan persediaan bagi Pelan Strategik AEC 2026-2030.
'"Di samping itu,delegasi terlibat juga akan bertukar pandangan mengenai syor Pasukan Petugas Geoekonomi ASEAN (AGTF) dan Pasukan Petugas Peringkat Tinggi bagi Integrasi Ekonomi ASEAN (HLTF-EI) dan isu ekonomi yang berkaitan," menurut kenyataan itu.
Dr. Kao turut dijangka mengadakan mesyuarat dua hala dengan Menteri-Menteri ASEAN dan rakan luar blok serantau itu di sela-sela mesyuarat berkenaan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur