2025-09-23 HaiPress

Menteri Komunikasi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai,Datuk Fahmi Fadzil melawat Block E,PPR Seri Cempaka susulan empat unit rumah tercabut bumbung sepenuhnya dalam kejadian hujan lebat dan ribut petir
PANTAI DALAM,22 September- Wakil penghuni empat kediamandi Block E,PPR Seri Cempakamenerima bantuan segera RM5,000 susulan bumbung kediaman itu tercabut sepenuhnya dalam kejadian hujan lebat dan ribut petir yang berlaku pada pukul 4.00 petang tadi.
Menteri Komunikasi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai,Datuk Fahmi Fadzil berkata,penghuni terjejas akan dipindahkan ke kediaman lain di bangunan sama untuk sementara waktu selain menerima bantuan lain seperti tilam,selimut dan bantal.
Beliau turut memaklumkan bahawa serpihan atap bumbung terbabit turut menghempap kira-kira 30 kereta di kawasan parkir berdekatan.
"Bahagian bumbung memang rosak sepenuhnya dan terbuka. Ada sejumlah unit rumah yang ada masalah air ataupun ada leaking akibat mungkin disebabkan struktur bumbung itu. Ini agak merisaukan.
"Setiap keluarga sebagai permulaan saya akan bagi bantuan RM5,000 dan kita juga sediakan tilam,selimut,bantal untuk mereka menginap dan berteduh malam ini.
"Saya juga sempat bercakap dengan Datuk Seri Maimunah,Datuk Bandar. Saya minta beberapa tindakan segera terutama memindahkan empat unit rumah dipindahkan serta merta di bangunan sama. Ada badan bukan kerajaan (NGO) belia akan bantu membuat pemindahan itu," katanya lagi.
Datuk Fahmi turut meminta penduduk dan pemilik kenderaan yang terkesan untuk membuat laporan polis bagi tindakan lanjut.
"Saya minta mereka buat laporan polis untuk menyatakan jumlah kerosakan,barang berharga terkesan untuk kita sediakan bantuan dan sumbangan. Dan kita akan utamakan anak-anak yang bersekolah.
"Semua kenderaan terkesan kita minta buat laporan polis juga. Kita akan bincang dengan DBKL juga berkaitan tuntutan insurans,pampasan dan bantuan boleh diberikan. Saya akan sampaikan perkara ini kepada pemilik kenderaan terkesan," ujar beliau.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur