2025-09-23 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,22 September - Pengumuman harga petrol RON95 dikurangkan kepada RM1.99 seliter berbanding RM2.05 seliter,berkuat kuasa pada 30 September ini bawah program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) menerima reaksi positif daripada orang ramai sekitar ibu negara.
Seorang pengguna,Mohd Ridhuan Abdullah berkata,penurunan harga itu memberi kelegaan besar kerana dapat menjimatkan perbelanjaan bulanannya.
"Alhamdulillah,kita dapat harga minyak yang lebih murah berbanding sebelum ini. Kereta saya gunakan sekitar RM300 sebulan untuk ulang-alik ke tempat kerja,jadi dengan adanya BUDI ini memang banyak jimat," katanya.
Bagi Anitha Ramakrishnan pula,inisiatif tersebut amat bermanfaat khususnya kepada golongan B40.
"Saya fikir ini merupakan langkah baik khususnya kepada kumpulan B40. Subsidi ini sangat menguntungkan dan boleh digunakan di mana-mana. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih," ujarnya.
Sementara itu,Selvinraj Kanearaja berkata,harga baharu RON95 memudahkannya menguruskan kos perjalanan harian.
"Biasanya saya isi minyak RM30 sehari untuk pergi kerja,tapi dengan harga RM1.99 ini,kalau isi RM10 pun sudah cukup untuk pergi dan balik," katanya.
Seorang lagi pengguna,Rafidah Abdul Hamid berkongsi kegembiraan apabila harga baharu itu membolehkannya mengisi minyak penuh tangki dengan kos lebih rendah.
"Kalau dulu isi RM50 pun tak penuh,tapi sekarang jumlah itu sudah boleh penuhkan tangki. Jadi saya setuju dengan pelaksanaan subsidi ini," katanya.
Kementerian Kewangan hari ini memaklumkan semua rakyat Malaysia layak menggunakan petrol RON95 pada hargaRM1.99 seliter sehingga 300 liter seorang setiap bulan menerusiprogram BUDI MADANI RON95 (BUDI95).
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur