2025-09-23 HaiPress

Timbalan Menteri Pendidikan,Wong Kah Woh/ BERNAMA
ALOR GAJAH,22 September - Kejohanan Tarian Naga dan Singa Antara Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan KPM-PTNSM Himalaya Sports 2025 berjaya menarik penyertaan pelbagai kaum.
Timbalan Menteri Pendidikan,Wong Kah Woh berkata,jumlah penyertaan peserta juga meningkat kepada 662 orang yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah.
Beliau berkata,aktiviti tersebut adalah satu platform terbaik bagi penyatuan kaum di negara ini.
"Ada anak-anak siam,berketurunan siam,orang asli dan kita nampak ada anak-anak melayu,anak-anak india pun ada menyertai dalam program ini. Apa yang penting adalah kita memupuk semangat perpaduan,semangat kerjasama antara kesemua pasukan ini.
"Saya percaya bahawa pejuangan ini juga memberikan satu peluang kepada anak-anak kita untuk bergaul antara satu sama lain dan untuk menampilkan bakat masing-masing dan juga pada masa yang sama berkongsi pengalaman ataupun amalan terbaik daripada semua sekolah dari semua negeri",katanya selepas merasmikan pembukaan kejohanan berkenaan yang disertai 59 pasukan dari 12 negeri di Alor Gajah.
Beliau berkata,peserta juga akan diberi markah dalam Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani,Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur