2025-09-23 HaiPress

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan / Foto BERNAMA
BATU KAWAN,22 September - Kerajaan komited untuk memberi tumpuan dalam memperkasakan industri semikonduktor akan menjelang pembentangan Belanjawan 2026 yang dijadualkan pada 10 Oktober ini,sejajar dengan aspirasi di bawah Strategi Semikonduktor Nasional (NSS).
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata industri semikonduktor merupakan penyumbang utama kepada ekonomi negara dengan lebih 40 peratus daripada eksport Malaysia daripada segmen elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor.
“Oleh itu,dari segi kerajaan,kita mempunyai peranan bagaimana untuk merancakkan,mendalami dan menyokong perkembangan industri ini pada masa depan.
“Saya berpandangan,dalam belanjawan ini,kita akan bagi penekanan yang lebih kepada industri-industri penting seperti semikonduktor. Insya-Allah mungkin ada berita yang akan menunjukkan komitmen kerajaan untuk merancakkan lagi segmen ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Program Jelajah Belanjawan 2026 Pulau Pinang di sini hari ini.
Sesi yang berlangsung selama dua jam itu menerima pelbagai cadangan dan maklum balas antaranya berkaitan tarif Amerika Syarikat,usaha mendalami serta melebarkan rantaian nilai sektor tersebut.
Program di Batu Kawan itu merupakan siri ketujuh di peringkat negeri sebelum diteruskan ke Negeri Sembilan,Selangor dan Melaka pada minggu hadapan.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur