2025-09-23 HaiPress

Mesyuarat Majlis Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) ke-39,berlangsung bersempena Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dihadiri menteri-menteri ekonomi ASEAN serta Setiausaha Agung ASEAN,Dr Kao Kim Hourn,yang bersama-sama meneliti isu-isu ekonomi semasa di peringkat global dan serantau
KUALA LUMPUR,23 September -Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) ke-39,yang berlangsung bersempena Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Mesyuarat tersebut turut dihadiri menteri-menteri ekonomi ASEAN serta Setiausaha Agung ASEAN,yang bersama-sama meneliti isu-isu ekonomi semasa di peringkat global dan serantau.
Antara tumpuan perbincangan adalah menilai pencapaian ekonomi ASEAN setakat ini,selain meneroka langkah baharu untuk memperkukuh kerjasama ekonomi yang dapat menyokong agenda integrasi serantau.
ASEAN yang kini dianggotai 10 negara iaitu Brunei,Kemboja,Indonesia,Laos,Malaysia,Myanmar,Filipina,Singapura,Thailand dan Vietnam kekal komited untuk membina ekosistem ekonomi yang lebih inklusif dan mampan.
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 menjadi tuan rumah kepada lebih 500 delegasi sepanjang siri mesyuarat AEM kali ini.
Bertemakan “Keterangkuman dan Kemampanan”,jadual rasmi AEM melibatkan 20 mesyuarat dan program sampingan dari 22 hingga 26 September,termasuk sesi libat urus bersama Rakan Dialog ASEAN serta Rakan Dialog Sektoral.
Ini merupakan kali kelima Malaysia memegang tanggungjawab sebagai pengerusi ASEAN,selepas tahun 1977,1997,2005 dan 2015.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur