2025-09-23 HaiPress

Foto BERNAMA
PUTRAJAYA,23 September -Kerajaan memperuntukkan RM714,660 bagi membiayai penggantian MyKad rosak khususnya cip yang tidak boleh dibaca,secara percuma bermula hari ini hingga 7 Oktober depan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata,inisiatif itu dilaksanakan bagi menyokong pelaksanaan Program BUDI MADANI RON 95 (BUDI95) yang diumumkan oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.
"Seperti sedia maklum,hari ini tawaran yang kita berikan adalah menggantikan MyKad yang rosak kerana chipnya. Selalunya dikenakan bayaran RM10. Tetapi bermula hari ini hingga 7 Oktober kita ketepikan bayaran itu.
"Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan menjadi menjadi pemangkin penting bagi menyokong inisiatif tersebut. Penjimatan daripada pengurangan subsidi,hasil daripada penghapusan penerima bukan warganegara,akan dikembalikan kepada rakyat melalui pelbagai inisiatif kebajikan yang telahpun dilaksanakan selama ini,' katanya pada sidang media selepas melakukan tinjauan di Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya.
Datuk Seri Saifuddin turut memberi jaminan bahawa stok MyKad mencukupi bagi memenuhi permintaan tinggi sempena pelaksanaan BUDI95.
Purata permohonan penggantian MyKad rosak meningkat ketara sejak pengumuman BUDI95,iaitu kira-kira 48,000 permohonan sebulan berbanding sekitar 30,000 sebulan sebelum ini.
Pejabat besar JPN termasuk ibu pejabat,pejabat negeri serta Pusat Transformasi Bandar (UTC) mampu menyiapkan urusan penggantian MyKad dalam tempoh sehari menjadikan Putrajaya sebagai lokasi pilihan utama orang ramai.
Dalam pada itu Jabatan Pendaftaran Negara sedia menambah waktu operasi kaunter penggantian MyKad sekiranya ada keperluan.
Datuk Seri Saifuddin berkata,pihak pengurusan JPN sudah dimaklumkan mengenai perkara tersebut danbersiap sedia mengambil langkah itu sekiranya jumlah pengunjung meningkat secara mendadak.
"Kita perlu menjangkakan semua kemungkinan dan setelah kita buat jangkaan itu tentunya kita akan ada langkah mitigasi sehingga perkara itu berlaku. Dalam pelaksanaan sesuatu dasar,prinsip utamanya adalah memastikan pelaksanaannya berjalan lancar pada hari pertama. Namun,pada masa sama,kita tidak menolak kemungkinan akan timbul beberapa isu seperti yang disebutkan tadi. Bagi menangani perkara itu,langkah-langkah pembetulan telah dan akan terus diambil dari semasa ke semasa," katanya.
Beliau turut menyeru orang ramai supaya sentiasa memastikan MyKad berada dalam keadaan baik,bagi memudahkan urusan pelbagai kemudahan kerajaan termasuk subsidi bersasar BUDI95.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur