2025-09-23 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,23 September - Pelaksanaan subsidi bersasar Program Budi Madani RON95 (BUDI95) dijangka tidak memberi kesan ketara terhadap inflasi.
Sebaliknya membantu kerajaan mengurangkan perbelanjaan serta membolehkan penjimatan itu disalurkan semula kepada rakyat.
Pengarah Strategi Pelaburan dan Ekonomi,IPP Wealth Manager Limited,Mohd Sedek Jantan berkata,peruntukan 300 liter sebulan yang ditawarkan mampu menampung penggunaan harian majoriti rakyat,khususnya di kawasan bandar.
“Sebagai contoh,sebuah kereta bersaiz sederhana dengan tangki penuh 40 liter tidak memerlukan lebih daripada 300 liter sebulan. Ini memberikan penjimatan sekitar RM18 sebulan.
"Walaupun jumlah itu kecil,pengguna lazimnya tidak menyimpan penjimatan tersebut tetapi mengalihkannya kepada perbelanjaan lain. Justeru,inflasi kekal stabil,” katanya ketika menjadi tetamu dalam rancangan terbitan RTM di sini.
Menyentuh pengecualian siling kelayakan kepada pemandu e-hailing,beliau menegaskan langkah kerajaan itu penting bagi mengelakkan peningkatan kos perkhidmatan.
“Saya tidak melihat harga tambang atau caj penghantaran akan meningkat dalam tempoh enam bulan hingga setahun kerana kuota bahan api mereka masih dilindungi,” katanya.
Terdahulu,Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan,Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan harga petrol RON95 akan diturunkan dari RM2.05 seliter kepada RM1.99 seliter mulai 30 September di bawah BUDI95.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur