2025-09-23 HaiPress

Foto RTM
KANGAR,23 September -Projek Pembangunan dan Naik Taraf Sistem Pemancar Radio FM melibatkan empat pemancar kendalian Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan lapan pemancar kendalian Telekom Malaysia (TM) telah siap sepenuhnya pada 25 Ogos lalu.
Projek bernilai RM18.75 juta itu melibatkan lima negeri bawah pelaksanaan Fasa 2,termasuk Perlis,Kedah,Pulau Pinang,Perak dan Negeri Sembilan.
Timbalan Ketua Pengarah Operasi Penyiaran Ismail Sulaiman berkata,kerja-kerja pembangunan dan naik taraf sistem pemancar Radio FM tersebut dilaksanakan oleh Syarikat VME Broadcast Sdn Bhd dan telah disiapkan mengikut jadual ditetapkan.
Kejayaan projek tersebut membolehkan stesen radio RTM di lima negeri terlibat meningkatkan kualiti siaran serta jangkauan liputan,sekali gus berpotensi menambah jumlah pendengar.
"Setelah selesai kerja-kerja naik taraf ini kita dapati terdapat peningkatan daripada segi kualiti audio dan ada juga penambahan daripada liputan siaran. Sebelum ini siaran PERLISfm dapat didengari hingga Ayer Hitam,sempadan antara Perlis dan Kedah. Dan selepas kerja-kerja naik taraf siaran boleh didengari hingga ke Gurun. Ia merupakan satu peningkatan yang agak ketara jugalah daripada segi liputan siaran bagi PERLISfm," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Projek Tender Pembangunan dan Menaiktaraf Sistem Pemancar Radio FM bagi Fasa 2 Jabatan Penyiaran Malaysia Perlis,Perak dan Negeri Sembilan di Kompleks Penyiaran Tuanku Syed Putra.
Sesi menandatangani Sijil Penyerahan Projek dan penerimaan projek yang telah siap,berlangsung antara Syarikat VME Broadcast Sdn Bhd dengan Bahagian Pembangunan Fasiliti dan Seksyen Teknikal Rangkaian Kajang.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur