2025-09-23 HaiPress

Foto hiasan / BERNAMA
KUALA LUMPUR,22 September - Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Isnin,disokong oleh sentimen pasaran yang positif berikutan langkah rasionalisasi subsidi RON95 yang dilaksanakan secara berhemah oleh kerajaan.
Pada 6 petang,ringgit berada pada paras 4.1945/2040 berbanding dolar AS daripada 4.2040/2115 ketika ditutup pada Jumaat.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata langkah rasionalisasi itu memberi isyarat tentang komitmen kerajaan terhadap penyatuan fiskal sambil kekal prihatin mengenai kesannya kepada rakyat.
“Pendekatan berhemah ini menunjukkan kerajaan bersikap pragmatik dalam usaha memperbaiki kedudukan kewangannya. Ia boleh dianggap sebagai positif kepada kredit yang seharusnya diterjemahkan kepada sentimen positif terhadap ringgit dalam jangka sederhana hingga panjang,” katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan,ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8364/8430 daripada 2.8419/8471 ketika ditutup pada Jumaat,mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.6630/6758 daripada 5.6775/6876 dan menokok berbanding euro kepada 4.9390/9502 daripada 4.9447/9536 sebelumnya.
Mata wang tempatan itu juga diniagakan lebih kukuh berbanding mata wang di negara-negara ASEAN.
Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.2688/2764 daripada 3.2744/2805,melonjak berbanding baht Thailand kepada 13.1890/2243 daripada 13.1973/2271,tinggi sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 252.5/253.1 daripada 253.2/253.8,dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.35/7.37 daripada 7.36/7.38 sebelumnya.- BERNAMA
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur