2025-09-24 HaiPress

Menteri Kewangan II,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan / Foto RTM
SHAH ALAM,23 September- Rakyat Malaysia yang layak bakal menikmati penjimatan sehingga kira-kira RM200 sebulan menerusi pelaksanaan program Budi MADANI RON95 (BUDI95) yang bermula secara berperingkat pada 27 September 2025.
Menteri Kewangan II,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata,penurunan harga RON95 kepada RM1.99 seliter,sekali gus membuktikan komitmen kerajaan membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat.
"Perdana Menteri memang beri fokus kos sara hidup rakyat melalui BUDI95 ini. Turunkan harga seperti dijanjikan kepada RM1.99 dengan harapan dapat bantu rakyat tangani kos sara hidup.
“Dengan harga semasa dalam sebulan dua ini sebenarnya harga RON95 adalah antara RM2.60 ke RM2.75. Jadi bila kita membeli di stesen minyak sebenarnya kerajaan dah beri subsidi agak besar.
"Kalau kita tengok dekat pam minyak harga RM2.60 penjimatan kepada rakyat hampir RM183.00 sebulan. Kalau harga RM2.75 jimat RM228.00 sebulan,"katanya demikian
pada sesi taklimat media mengenai BUDI95 di sini hari ini.
Beliau turut menjelaskan,pelaksanaan program itu dijangka memberi penjimatan kerajaan antara RM2.5 bilion hingga RM4 bilion,bergantung kepada turun naik harga pasaran minyak dunia.
"Seperti kita sedia maklum,kira-kira 22 peratus daripada pengeluaran minyak petrol ketika ini disasarkan tidak akan menerima subsidi.
"Selain 22 peratus itu,dengan jumlah jualan petrol berjumlah RM18 bilion setahun ditambah pula senario pasaran minyak dunia yang tidak pasti.
"Kita tidak dapat menjangkakan secara tepat jumlah penjimatan kerajaan kerana ia bergantung sama ada harga minyak kekal atau naik," jelas beliau.
Dianggarkan lebih 16 juta rakyat Malaysia layak menikmati BUDI95 dan kelayakan boleh disemak di laman web www.budimadani.gov.my bermula Khamis ini.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur