2025-09-24 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,23 Sept- Semakan kelayakan bagi inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) boleh dibuat mulai Khamis ini,kata Menteri Kewangan IIDatuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkatasemakan boleh dilakukan secara dalam talian menerusi portal rasmi www.budimadani.gov.my. di Pusat Khidmat Pelanggan BUDI95 atau melalui aplikasi Setel dan CaltexGO selepas proses verifikasi identiti selesai.
“Pengguna hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan untuk mengetahui kelayakan subsidi yang diperoleh.
“Portal ini kekal digunakan dan mulai 30 Sept,setiap penggunaan subsidi akan dipaparkan secara harian termasuk baki kelayakan. Had ditetapkan ialah 300 liter sebulan,” katanya pada sidang media selepas sesi taklimat media mengenai penyasaran subsidi RON95 di sini,hari ini.
Menurut beliau,pengguna tidak perlu membuat pendaftaran baharu kerana semakan kelayakan dilakukan secara automatik berdasarkan nombor kad pengenalan.
Amir Hamzah berkatadi stesen minyak pula,pengguna hanya perlu memasukkan MyKad pada pembaca di pam atau kaunter kedai untuk pengesahan kelayakan sebelum membuat bayaran.
“Pembayaran boleh dibuat menggunakan tunai,kad kredit/debit atau e-dompet. Selepas selesai mengisi petrol,resit akan memaparkan nilai transaksi pada harga pam,jumlah subsidi ditanggung kerajaan dan amaun sebenar yang dibayar pengguna pada harga RM1.99 seliter,” katanya.
Katanyakuota subsidi kekal 300 liter sebulan,manakala penggunaan melebihi had itu dikenakan harga pasaran semasa.
“Hampir semua stesen minyak dilengkapi dengan pembaca MyKad,manakala sebahagian syarikat minyak turut menawarkan semakan melalui aplikasi masing-masing seperti Setel dan Touch ’n Go. Usaha ini bagi memastikan subsidi disalurkan kepada mereka yang layak,mengurangkan ketirisan serta memberi penjimatan kepada kerajaan,” katanya.
Semalam,Perdana MenteriDatuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan harga petrol RON95 kekal pada RM1.99 seliterbermula 30 Septini untuk rakyat Malaysia,tanpa mengira tahap pendapatan.
Bagi bukan warganegara,harga ditetapkan pada RM2.60 seliterbermula tarikh sama. -BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur