2025-09-24 HaiPress

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan/ BERNAMA
SHAH ALAM,23 September - Tidak perlu tergesa-gesa mengisi petrol RON95 pada hari pertama pelaksanaan program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) pada 27 September ini melibatkan 300,000 anggota polis dan tentera,
Menteri Kewangan II,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menjelaskan,rakyat Malaysia yang layak akan tetap menikmati pembelian RON95 pada harga RM1.99 seliter pada hari berikutnya sekali gus mengelakkan kesesakan di stesen-stesen minyak.
"Sekiranya minyak kereta anda tinggal separuh tangki sekalipun,kereta masih boleh berjalan seperti biasa. Tidak perlu tergesa-gesa ke stesen minyak untuk mengisi penuh kerana tiada sebarang perbezaan.
"Hak anda untuk mendapatkan harga RM1.99 seliter tetap ada. Sama ada diisi pada 30 September,1 Oktober,2 Oktober atau hari seterusnya. Harga RM1.99 akan kekal kerana ia telah ditetapkan melalui subsidi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media BUDI95 di sini hari ini.
Menyentuh penggunaan MyKad sebagai mekanisme pelaksanaan program itu,beliau berkata kerajaan sentiasa memastikan pendekatan dalam penyaluran subsidi kepada golongan yang layak dilakukan dengan tepat.
"Kita dapat menyasarkan subsidi kepada rakyat yang layak sekali gus mengurangkan kos dan menjimatkan perbelanjaan kerajaan.
"Penjimatan ini akan digunakan untuk menambah baik kedudukan fiskal negara serta memperkukuh pelaksanaan inisiatif penting demi kepentingan rakyat pada masa hadapan," katanya lagi.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur