2025-09-24 HaiPress

Buaya tembaga ditangkap di Pantai Teluk Bahang kira-kira pukul 6.15 petang tadi,selepas cubaan kedua
GEORGE TOWN,23 September - Seekor buaya dengan anggaran panjang 10 hingga 12 kaki yang muncul di Pantai Teluk Bahang berjaya ditangkap pada pukul 6.15 petang tadi.
Operasi khas menangkap reptilia tersebut melibatkan 20 anggota terdiri daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang,Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri,JabatanPerlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) serta dibantu nelayan tempatan.
Penolong Pengarah Kanan Jabatan Perhilitan Pulau Pinang,Siti Nur Ain Mohd Isa berkata,reptilia tersebut akan dipindahkan ke Paya Indah Wetland,Selangor pada malam ini mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) jabatan.
"Kami percaya buaya ini datang dari kawasan sungai di dalam pulau. Ia merupakan buaya tembaga yang juga boleh hidup di air masin. Buaya ini akan dipindahkan (translocate) ke kawasan yang sesuai,biasanya di Paya Indah Wetlands.
"Mengikut SOP,pemindahan hidupan liar hanya boleh dilakukan pada waktu malam bagi mengelakkan gangguan,kerana jika dilakukan pada siang hari,haiwan berisiko mengalami tekanan perasaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas operasi menangkap buaya tersebut di Pantai Teluk Bahang petang tadi.
Hadir sama,Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Bahang,Mohd Farid Idris dan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Barat Daya,Kapten (PA) Muhammad Aizat Abdul Ghani.
Terdahulu,pihak APM menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian daripada orang awam pukul 3.30 petang sebelum tiba di lokasi 20 minit kemudian.
Manakala,JBPM menerima panggilan pada pukul 4.38 petang dan tiba enam minit kemudian.
Cubaan pertama untuk menangkap buaya tersebut menggunakan bot dan pukat berjaya membawanya ke pantai,namun terlepas selepas pukat pecah.
Cubaan kedua yang dilakukan pada pukul 6.00 petang akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya ditangkap dan dinaikkan ke darat.
Operasi khas tersebut ditamatkan pukul 6.59 petang tadi sebelum diserahkan kepada Jabatan Perhilitan bagi tindakan lanjut.
Petang tadi,pengunjung dan penduduk di kawasan Pantai Teluk Bahang dikejutkan dengan kemunculan buaya sepanjang lebih 10 ke 12 kaki.
Susulan itu,orang ramai,nelayan serta pengunjung pantai segera menjauhkan diri dari kawasan terbabit bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur