2025-09-24 HaiPress

Penurunan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter dengan had kelayakan sebanyak 300 liter sebulan bagi setiap rakyat Malaysia disifatkan sebagai keputusan yang tepat pada masanya / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,24 September – Penurunan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter dengan had kelayakan sebanyak 300 liter sebulan bagi setiap rakyat Malaysia disifatkan sebagai keputusan yang tepat pada masanya.
Langkah itu juga dilihat memberi kelegaan kepada orang ramai dalam menghadapi tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Seorang pengguna,Nizammudin Zamri berkata inisiatif tersebut amat membantu,khususnya bagi kegunaan harian.
Nizammudin Zamri
Hamimah Karmidi
“Pada pendapat saya,RON95 ini memang dapat membantu rakyat tanpa mengira peringkat. Setiap rakyat Malaysia berhak mendapat manfaat kerana MyKad itu sendiri melindungi hak-hak rakyat,” ujarnya.
Bagi Norhashimah Mohd Isa pula,walaupun penurunan harga itu hanya enam sen,ia tetap memberi sedikit kelegaan.
“Rasa oklah,sebab harga turun enam sen. Sekurang-kurangnya beban pun sedikit berkurang,” katanya.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur