2025-09-24 HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto RTM
DILI,23 September - Timor Leste bakal disahkan sebagai anggota penuh ASEAN ke-11 pada penghujung Oktober ini.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN telah melipatgandakan usaha bagi mempercepatkan proses keanggotaan penuh negara itu.
“Memandangkan Timor Leste kita akan terima,rakan-rakan Kementerian Luar telah bekerja kuat untuk memastikan proses penerimaan dipercepatkan,dan insya-Allah pada 25-26 Oktober ini mereka akan jadi anggota penuh ASEAN.
"Oleh itu,saya rasa sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini,wajar saya hadir untuk meraikan dan mengundang mereka bersama",katanya demikian ketika berucap pada program Temu Mesra Madani bersama diaspora Malaysia di sini.
Menurut beliau,meskipun Timor Leste termasuk dalam kelompok negara termiskin di Asia Tenggara,ia mempunyai potensi besar untuk menyumbang manfaat kepada blok serantau.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur