2025-09-24 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,23 September- Permintaan domestik negara dijangka kekal positif selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas.
Mencerminkan perubahan landskap kewangan global yang dijangka membuka peluang baharu untuk perniagaan tempatan serta merancakkan lagi ekosistem Perusahaan kecil Dan Sederhana (PKS).
Pengarah Urusan Perbankan Perniagaan dan Korporat Hong Leong Bank (HLB) Yow Kuan Tuck dalam satu kenyataan memaklumkan,permintaan domestik yang kukuh akan terus menyokong pertumbuhan negara,sejajar unjuran rasmi Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu 4.0 peratus hingga 4.8 peratus.
Keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) untuk memotong kadar buat pertama kali selepas sembilan bulan,serta jangkaan potongan seterusnya,dijangka mengecilkan jurang kadar faedah.
BNM pula dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus,sekali gus terus menyokong mata wang negara.
Situasi itu berpotensi menjadikan Ringgit lebih stabil dan berkemungkinan mengukuh berbanding Dolar Amerika Syarikat,seterusnya menawarkan kadar pertukaran lebih baik,mengurangkan kos import .
"Ini peluang penting untuk PKS. HLB akan terus menjadi rakan strategik dengan menyediakan nasihat perniagaan dan penyelesaian kewangan bagi membantu pelanggan mengembangkan perniagaan dalam fasa pertumbuhan baharu," menurut kenyataan itu.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur