2025-09-25 HaiPress

Tangkap layar video serangan rejim Zionis yang menyasarkan misi flotila ke Gaza dimuat naik di Facebook Sumud Nusantara Official
DILI,24 September- Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan terbaharu rejim Zionis ke atas Global Sumud Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan,tindakan Israel itu tidak wajar kerana menyekat misi antarabangsa yang menyalurkan bantuan mendesak kepada penduduk Palestin.
“Kita tentunya kesal dengan jenayah dilakukan Israel secara berterusan. Kita telah beri sokongan kepada usaha flotila kerana ia misi kemanusiaan.
Apakah menyediakan ubat dan makanan bayi yang kebuluran sekarang ini harus disekat? Flotila ini kelompok masyarakat sivil yang mahu membantu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media penutup lawatan rasmi dua hari ke Timor Leste.
Tegas Datuk Seri Anwar,misi flotila yang disertai aktivis dari seluruh dunia itu hanyalah terdiri daripada insan prihatin yang mahu membantu penduduk Gaza.
Perdana Menteri turut mendoakan keselamatan semua peserta dan menyatakan sokongan penuh agar bantuan dapat sampai kepada penerima.
Terdahulu,media melaporkan kapal flotila berkenaan diserang puluhan dron,letupan serta gangguan komunikasi ketika dalam pelayaran menghampiri perairan Gaza.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur