2025-09-25 HaiPress

Lapan nelayan warga Vietnam ditahan di perairan Tok Bali kerana tidak memiliki permit kerja sah selain dokumen pasport yang meragukan
PASIR PUTEH,24 September- Lapan nelayan warga Vietnam termasuk seorang tekong ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kelantan selepas dikesan berada dalam sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) kelas C2 kira-kira 4.8 batu nautika dari muara Tok Bali,semalam.
Pengarah Maritim Negeri Kelantan,Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata,tangkapan dilakukan sekitar 12.30 tengah malam menerusi rondaan Op Naga,Op Damai dan Op Tiris.
"Hasil pemeriksaan mendapati,semua kru berusia 25 hingga 37 tahun itu tidak memiliki permit kerja sah selain dokumen pasport yang meragukan.
Turut dirampas,hasil laut dianggarkan seberat 5,000 kilogram bersama bot serta peralatan menangkap ikan," katanya.
Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Jeti Maritim Negeri Kelantan untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat bawah Akta Perikanan 1985 serta Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).
Orang ramai diminta menyalurkan maklumat berkaitan sebarang insiden atau jenayah di laut ke talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Kelantan di 09-778 0070.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur