2025-09-25 HaiPress

Superintenden Mohd Razi Rosli
KEMAMAN,24 September - Insiden kebocoran paip gas butana di tapak pembinaan Projek Rel Pantai Timur (ECRL),di Kerteh di sini disahkan selamat dan terkawal bermula hari ini.
Ketua Polis Daerah Kemaman,Superintenden Mohd Razi Rosli berkata,bacaan tahap kualiti udara pada operasi yang memasuki hari kelima hari ini menunjukkan tiada kandungan gas berkenaan di sekitar kawasan tempat kejadian.
Keputusan berkenaan dibuat selepas pemantauan yang dilakukan selama dua hari mendapati bacaan kandungan gas dalam udara berada pada tahap kosong.
"Selepas ini,fasa siasatan akan dijalankan pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) di lokasi kejadian. Pada masa sama,Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus melaksanakan pemantauan aspek keselamatan dengan mewujudkan Pusat Kawalan Polis atau pos kawalan polis di kawasan tersebut," katanya kepada pemberita di sini.
Superintenden Mohd Razi berkata,pihak Petronas dan JKKP akan terus melakukan pemantauan sehingga keadaan selamat bagi kerja-kerja penyelenggaraan.
Susulan pemakluman itu Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) ditutup secara rasmi kira-kira pukul 4.00 petang tadi.
Sementara itu,Pegawai Bahagian Operasi JBPM Terengganu Penguasa Bomba Kasyfi Syahmi Ghazali,berkata Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) akan terus berada di lokasi kejadian bagi melakukan pemantauan pada skala lebih kecil.
"Persediaan ini merujuk kepada bacaan alat pengesan di lokasi,khususnya di kawasan ‘down area’,kerana dibimbangi masih terdapat sisa gas yang keluar bersama nitrogen yang berada di dalam paip.
"Menurut pihak bomba,pemantauan susulan akan dilakukan bersama pihak polis dan beberapa agensi lain sebelum kawasan kejadian dapat diisytiharkan selamat sepenuhnya," katanya.
Dalam perkembangan lain,polis turut menasihatkan orang ramai supaya tidak lagi berasa bimbang dan boleh meneruskan aktiviti seharian seperti biasa.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur