2025-09-25 HaiPress

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima 'The Grand Collar of The Order of Timor-Leste',yang merupakan anugerah tertinggi Timor-Leste/ BERNAMA
DILI,24 September - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima 'The Grand Collar of The Order of Timor-Leste',yang merupakan anugerah tertinggi negara itu.
Penganugerahan itu sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan Datuk Seri Anwar dalam memperkukuh hubungan dua hala dan serantau.
Anugerah berkenaan disampaikan Presiden Dr José Ramos-Horta kepada Datuk Seri Anwar selepas beliau menyampaikan Syarahan Presiden bertajuk 'ASEAN & Peranan Timor-Leste' di Istana Presiden di sini.
Dalam ucapannya,Perdana Menteri mengetengahkan perancangan jangka sederhana dan panjang ASEAN,cabaran serantau termasuk keupayaan Timor-Leste dalam blok ASEAN.
Beliau menyifatkan pemberian itu sebagai satu pengiktirafan besar kepada Malaysia berikutan dasar dan kerjasama rakyat yang bersatu padu.
Difahamkan,darjah kebesaran sama sebelum ini pernah dianugerah kepada Sultan Brunei,Sultan Hassanal Bolkiah.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur