2025-09-25 HaiPress

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid bercakap kepada media selepas merasmikan Majlis Peluncuran IkonDesa di sini / Foto BERNAMA
PUTRAJAYA,24 September- Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan berhubung dengan 34 rakyat Malaysia yang menyertai pelayaran misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) esok.
Beliau berkata,kumpulan tersebut adalah sebahagian daripada aktivis dari 44 negara yang kini sedang menghampiri perairan Gaza.
“Tadi mereka berada kira-kira 750 batu nautika dari Gaza dan malam tadi,mereka diserang dengan dron.
Mereka memang sudah bersedia menghadapi perkara itu dan kita harap mereka cekal berdepan apa juga ancaman daripada pihak Israel,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Peluncuran IkonDesa di sini,hari ini.
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid turut menyatakan keyakinan terhadap perjuangan kumpulan terbabit dalam menjayakan misi membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Sebelum ini,media melaporkan flotila tersebut berdepan cubaan gangguan ketika pelayaran menuju perairan Gaza dengan membawa bekalan bantuan untuk rakyat Palestin.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur