2025-09-25 HaiPress

Pasukan penyelamat mencari Rumai Jantin,75 tahun yang dilaporkan hilang di hutan petang semalam
BETONG,24 September- Seorang wanita warga emas dilaporkan hilang di kawasan hutan berhampiran Rumah Panjang Nanga Buai Padeh,di sini,sejak petang semalam.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan,mangsa dikenali sebagai Rumai Jantin,75 tahun.
Mangsa keluar dari rumah sekitar pukul 6.15 petang semalam,namun tidak pulang sehingga pagi tadi.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudian diaktifkan dengan penyertaan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong serta beberapa agensi lain.
Pasukan penyelamat menemukan pakaian mangsa kira-kira 500 meter dari pos kawalan bomba.
Operasi hari pertama ditangguhkan pada pukul 6 petang dan akan disambung semula pagi esok.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur