2025-09-25 HaiPress

Raja Muda Selangor,Tengku Amir Shah (tengah) menyaksikan penyerahan replika cek pembayaraan zakat perniagaan daripada Biduanita Negara yang juga Pengarah CTDK Holding Sdn Bhd,Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin (kiri) kepada Timbalan Pengerusi Lembaga Zakat Selangor (LZS),Tan Sri Ambrin Buang (kanan) / Foto BERNAMA
SHAH ALAM,24 September- Sebanyak 22 syarikat menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM6.12 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Pembayaran zakat diserahkan kepada Timbalan Pengerusi LZS,Tan Sri Ambrin Buang,dalam satu majlis di sini,sambil disaksikan Raja Muda Selangor,Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Antara syarikat terlibat ialah D’Herbs Holdings Sdn Bhd,CTDK Holding Sdn Bhd,XpertsCo Sdn Bhd,Kumpulan Hartanah Selangor Berhad,Advanced Air Traffic Systems (M) Sdn Bhd,Bawal Sdn Bhd dan Public Islamic Bank Berhad.
Ketua Pegawai Eksekutif LZS,Mohd Khaidzir Shahari berkata,pihaknya optimis mencapai sasaran kutipan zakat keseluruhan RM1.328 bilion tahun ini,termasuk RM205 juta daripada zakat perniagaan.
"Sehingga kini,lebih RM117 juta zakat perniagaan telah diterima daripada 8,500 syarikat.
Angka ini memberi petanda positif bahawa kesedaran korporat semakin meningkat,” katanya.
Beliau menambah,program kali ini turut menekankan kerjasama dengan Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) yang komited memperkasa potensi belia,pendidikan dan keusahawanan dalam kalangan B40 serta asnaf,selaras aspirasi Tengku Amir Shah.
"Penglibatan syarikat dalam wakalah zakat dan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) membuktikan zakat bukan sahaja ibadah kewajipan,tetapi instrumen sosial yang memberi impak berganda kepada masyarakat," ujar beliau.
LZS menyeru lebih banyak syarikat terus menunaikan zakat perniagaan secara sistematik demi memperkukuh budaya korporat berjiwa besar.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur