2025-09-25 HaiPress

Tunku Temenggong Kedah,Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah / BERNAMA
KUALA LUMPUR,25 September- Semua pemimpin Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC),perlu memainkan peranan signifikan dalam usaha menghentikan penderitaan yang sedang dihadapi rakyat Gaza ketika ini akibat kekejaman Israel.
Demikian titah Pengerusi Kebangsaan Bulan Sabit Merah,Tunku Temenggong Kedah,Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah.
Peranan itu penting digerakkan di setiap peringkat bagi memastikan gencatan senjata dapat segera dilaksanakan di wilayaah berkenaan.
"Pemimpin IFRC mesti bekerjasama untuk menyatakan solidariti (terhadap Gaza) di kedudukan masing-masing termasuk mempengaruhi pembuat keputusan,menuntut gencatan senjata,menggerakan dana serta menyokong perkhidmatan ketika situasi memerlukan," katanya.
Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz bertitah demikian dalam ucapan pada majlis makan malam penutup Mesyuarat Pemimpin Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Asia Tenggara ke-22 dan pelancaran Buku Mewah Ulang Tahun ke-75 Bulan Sabit Merah Malaysia (BSSM)
Dalam perkembangan berkaitan,masyarakat diseru agar tidak melupakan nasib rakyat Gaza,termasuk sukarelawan kemanusiaan yang turut menjadi sasaran rejim zionis.
"Sukarelawan kemanusiaan menjadi sasaran dan dibunuh. Ini merupakan satu perkara yang perlu kita hentikan dan suarakan kesannya. Ringkasnya,kita mesti melakukan segalanya untuk hentikan penderitaan yang teruk ini.
"Mari kita bersama-sama bergerak ke depan dengan semangat solidariti dan kasih sayang yang telah diperbaharui hari ini," katanya.
Majlis makan malam Mesyuarat Pemimpin Bulan Sabit Merah Asia Tenggara ke-22 dengan tema "Lautan Menyatukan Kita" dirasmikan isteri Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Hadir sama Menteri Sumber Manusia,Steven Sim dan Menteri Kesihatan,Datuk Seri Dr. Dzukefly Ahmad.
Tema "Lautan Menyatukan Kita" mencerminkan kerjasama serantau berasaskan nilai-nilai kemanusiaan yang mengikat persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah seluruh Asia Tenggara.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur