2025-09-25 HaiPress

Datuk Seri Nancy Shukri turut menziarahi dan menyampaikan bantuan kepada keluarga terlibat di Papar
PAPAR,25 September - 10 keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di Kampung Marahang dan Kampung Mook,Papar,menerima bantuan Skim Pemberian Ehsan Kepada Keluarga Mangsa Bencana (PEKA) daripada Yayasan Kebajikan Negara (YKN).
Bantuan disampaikan Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat,Datuk Seri Nancy Shukri yang turut menziarahi keluarga terlibat,menzahirkan simpati dan keprihatinan kerajaan.
Menurut beliau,Jabatan Kebajikan Masyarakat berada di lokasi sejak awal bencana bagi menyalurkan bantuan segera.
Selain bantuan tunai PEKA,YKN turut mengagihkan bakul makanan dan barangan keperluan asas kepada keluarga terjejas.
Orang ramai dan pihak swasta juga dialu-alukan untuk menyalurkan sumbangan,dengan layak menerima resit pengecualian cukai.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur