2025-09-25 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,24 September- Majlis makan malam anjuran Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) bukan sahaja menjadi wadah memperkukuh jaringan perniagaan serantau,malah turut menonjolkan elemen diplomasi melalui ikon budaya dan sukan dalam merapatkan hubungan sesama rakyat.
Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkesempatan bertemu legenda bola sepak Liverpool FC,Sami Hyypiä,pada acara yang berlangsung di ibu negara malam tadi.
Pertemuan santai selama 30 minit itu dikendalikan Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Malaysia,Mak Joon Nien,yang mengangkat konsep gabungan diplomasi ekonomi dan sukan.
Menurut Zafrul,majlis makan malam yang lazimnya tertumpu kepada isu ekonomi turut memberi ruang untuk membincangkan aspek kepimpinan,kerjasama berpasukan dan daya tahan dalam mendepani cabaran.
“Kadang kala,keadaan menjadi agak sukar,tetapi jika berada dalam kalangan individu yang tepat,pasti kita mampu mengatasinya. Paling penting,kita perlu sentiasa bersedia dengan setiap senario supaya dapat melaksanakan mitigasi yang berkesan,” katanya ketika sesi santai selepas majlis makan malam eksklusif bersempena Forum Anjakan Hijau ASEAN.
Forum itu dianjurkan serentak dengan Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57,hasil kerjasama ASEAN-BAC Malaysia dan Standard Chartered,dengan sokongan Yinson Holdings Bhd serta Persatuan Pasaran Karbon Malaysia.
Kehadiran Hyypiä,yang juga pemenang Liga Juara-Juara UEFA,menambah kemeriahan apabila para peminat mengambil peluang membawa cenderamata rasmi kelab untuk ditandatanganinya.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur