2025-09-25 HaiPress

Foto fail
SEPANG,24 September -Firefly,anak syarikat Malaysia Aviation Group (MAG),menawarkan tambang istimewa untuk destinasi baharu serantau hingga 2 Oktober depan.
Menerusi satu kenyataan Firefly memaklumkan,tambang tersebut bagi perjalanan hingga 31 Ogos 2026 menerusi laman web rasmi Firefly dan aplikasi mudah alih syarikat penerbangan itu.
"Destinasi baharu yang diperkenalkan termasuk Krabi,(Thailand),Siem Reap,(Kemboja) serta Cebu,(Filipina).
"Dengan perkembangan ini,ia membolehkan penumpang antarabangsa dari Australia,New Zealand,United Kingdom,Perancis dan destinasi lain bagi membuat sambungan mudah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1," menurut kenyataan itu.
Perkhidmatan itu turut merangkumi daftar masuk bagasi terus,hidangan dalam penerbangan serta hospitaliti Malaysia di setiap peringkat perjalanan.
Firefly turut mengumumkan bahawa promosi bulanan akan diteruskan dengan pelbagai tawaran untuk laluan domestik dan serantau,bagi memudahkan perjalanan orang ramai.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur