2025-09-25 HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,24 September- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pada hari Rabu apabila mata wang Amerika Syarikat (AS) merosot selepas data ekonomi AS yang lemah.
Pada pukul 8.00 pagi,ringgit naik kepada 4.1960/202 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1985/2000 ketika ditutup pada Selasa.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data menunjukkan Indeks Pengurus Pembelian Komposit AS (PMI) turun kepada 53.6 pada September daripada 54.5 pada bulan sebelumnya.
“Kaji selidik itu menunjukkan bahawa syarikat AS menghadapi peningkatan kos daripada tarif import lebih tinggi,manakala permintaan yang lemah mengehadkan keupayaan mereka untuk mengenakan kos kepada pengguna.
“Disebabkan petunjuk bercampur-campur,Indeks Dolar AS (DXY) berkurangan 0.12 peratus kepada 97.225,” katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam berkata Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed) Jerome Powell berpendapat mungkin wujud risiko dalam memenuhi dua mandat Fed AS iaitu meningkatkan pertumbuhan pekerjaan dan mengekalkan kestabilan harga.
"Kenyataannya memberi gambaran bahawa Fed AS mungkin cenderung untuk tidak menurunkan kadar faedah secara agresif. Sehubungan itu,ringgit dijangka kekal dalam julat kecil antara RM4.19 hingga RM4.21," katanya.
Sementara itu,Pengarah Urusan Pengurusan Aset SPI,Stephen Innes berkata pasaran kelihatan bersedia untuk penyatuan dan bukannya momentum baharu,peniaga pula menunggu pemangkin yang lebih kukuh minggu ini.
"Fokus peniaga telah beralih kepada laporan data senarai gaji bukan ladang (NFP) minggu depan yang mungkin akan mengukuhkan jangkaan pasaran semasa untuk penurunan kadar faedah,faktor negatif dolar AS," kata Innes.
Pada paras pembukaan,ringgit juga kebanyakannya diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.
Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 2.8438/8480 daripada 2.8441/8453 ketika ditutup pada Selasa,bagaimanapun menguncup berbanding pound Britain kepada 5.6743/6824 daripada 5.6701/6721 dan turun berbanding euro kepada 4.9572/9642 daripada 4.9546/9564.
Bagaimanapun,mata wang tempatan mengukuh berbanding mata wang ASEAN.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2697/2746 daripada 3.2724/2738,melonjak berbanding baht Thailand kepada 13.1577/1836 daripada 13.1900/2001,menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 251.4/251.9 daripada 251.5/251.8 dan menambah berbanding peso Filipina kepada 7.32/7.34 daripada 7.33/7.33. -BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur