2025-09-28 HaiPress

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,28 September- Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kuasa politik hanya bermakna apabila diterjemahkan dalam bentuk dasar yang membela rakyat.
Dalam kenyataan menerusi Facebook rasmi beliau,Anwar menjelaskan bahawa 27 tahun perjuangan reformasi telah mengajarnya makna ketekadan dan kesabaran dalam menuntut keadilan untuk rakyat.
"Kuasa mesti diolah dan diterjemah sebaiknya dalam membela nasib rakyat," katanya.
Menurutnya,kerajaan pimpinannya komited melaksanakan pembaharuan melalui pelbagai langkah termasuk menurunkan harga minyak sehingga RM1.99 seliter,menaikkan gaji penjawat awam selepas 12 tahun tertangguh serta mengembalikan dana awam yang hilang sebelum ini.
Anwar menegaskan bahawa dasar negara tidak boleh bergantung kepada angka dan teori ekonomi semata-mata tanpa mempertimbangkan ihsan serta keadilan sosial.
"Kebijakan yang didirikan atas teori ekonomi semata tidak memadai,sebaliknya mesti diseimbangkan dengan ihsan,rahmah dan prinsip keadilan sosial. Itu wajah sebenar reformasi yang kita perjuangkan," tulisnya.
Beliau turut menekankan bahawa reformasi turut membawa maksud menolak kebejatan,menghentikan ketirisan serta memastikan subsidi disasarkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan tanpa mengira kaum atau wilayah.
Dalam kenyataan sama,Anwar menegaskan pendirian Malaysia untuk terus memperjuangkan nasib rakyat Palestin di Gaza di pentas antarabangsa.
"Malaysia mesti terus cekal dan tegas menjulang diplomasi tanpa menjejaskan pendirian kita untuk berpihak kepada yang tertindas," jelasnya.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur