2025-09-28 HaiPress

Raja Muda Perlis dirai Konsulat Jeneral di Medan
MEDAN,28 September - Konsul Jeneral Malaysia di Medan,Indonesia,Shahril Nizam Abdul Malek meraikan delegasi dari Perlis bersempena Persidangan Antabangsa Peluang Transformatif Untuk Pemerkasaan Golongan Miskin (ICOHOPE) 2025 yang berakhir semalam.
Delegasi yang diketuai Raja Muda Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis,Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah,berkenan menghadiri majlis makan malam di Kediaman Rasmi Konsul Jeneral Malaysia,Kecamatan Medan Polonia,Kota Medan,Sumatera Utara.
Majlis turut dihadiri 30 delegasi termasuk Pengerusi FCOEE,Profesor Emeritus Datuk Dr Kamaruddin Hussin,Yang Dipertua MPK,Affendi Rajini Kanth,Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs,Mohd Nazim Mohd Noor,Penasihat Program ICOHOPE,Datin Noridah Yangman,Jawatankuasa ICOHOPE serta petugas media.
Penganjuran majlis itu menjadi platform penting bagi meraikan warga Malaysia khususnya dari Perlis yang melaksanakan program diperingkat antarabangsa sebagai satu sokongan membina hubungan antara dua negara serumpun.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur