2025-09-28 HaiPress

FOTO FACEBOOK Onn Hafiz Ghazi
KUALA LUMPUR,28 September-Kerajaan Johor menjalin kerjasama strategik dengan Harvard Kennedy School – Center for International Development (CID) di Massachusetts,Amerika Syarikat bagi memperkukuh pembangunan bakat,kepimpinan dan tadbir urus negeri.
Menerusi kenyataan di Facebook,Menteri Besar,Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata kerjasama itu menjunjung titah Pemangku Sultan Johor,Tunku Mahkota Ismailyang menekankan kepentingan kolaborasi bersama institusi terbaik dunia.
"Lawatan ke Harvard telah membuka ruang berharga untuk Johor bekerjasama dalam pendidikan,tadbir urus,kepimpinan dan inovasi pembangunan mampan," katanya.
Menurut beliau,Johor dan Harvard turut mencapai persetujuan untuk membangunkan kajian kes berhubung pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ).
"Kajian ini bakal menjadi rujukan penting dalam menilai reka bentuk institusi serta strategi pembangunan bakat," jelasnya.
Onn Hafiz turut optimis bahawa usaha ini akan memberi manfaat terus kepada rakyat.
"Yang lebih penting ialah bagaimana kerjasama ini diterjemahkan melalui pembangunan negeri yang berwawasan dan bakat anak muda yang berdaya saing," katanya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur