2025-09-28 HaiPress

Foto RTM
KAPIT,28 September - Sebuah rumah panjang 29 pintu yang dikenali sebagai Rumah Austin Ikew di Jalan Song Temalat,Nanga Sungai Sipan,Song,musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan,pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pukul 4.21 pagi.
Berikutan itu,pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song bersama BBP Kapit dengan kekuatan 13 anggota dikerahkan ke tempat kejadian.
Kebakaran telah memusnahkan keseluruhan struktur bangunan rumah panjang jenis tidak kekal.
Bagaimanapun,tiada mangsa dilaporkan terlibat dan api berjaya dikawal sepenuhnya pukul 6.33 pagi.
Operasi pemadaman turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur