2025-09-28 HaiPress

Foto fail/REUTERS
KIEV,28 September -Sekurang-kurangnya sembilan orang cedera dalam serangan udara Rusia di sebuah wilayah itu yang berlaku sepanjang malam.
Datuk Bandar,Vitali Klitschko berkata,ibu negara kini sedang berdepan serangan yang “besar-besaran” dan menggesa penduduk agar berlindung di tempat perlindungan awam.
"Setakat ini,lima orang dilaporkan cedera dan telah dimasukkan ke hospital," katanya menerusi Telegram.
Sementara itu,Gabenor wilayah Zaporizhzhia di tenggara Ukraine memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya empat lagi orang cedera akibat serangan Rusia di kawasan itu.
"Sekali lagi,bangunan kediaman dan infrastruktur menjadi sasaran. Sekali lagi,ini adalah perang terhadap orang awam," kata
Ketua Pejabat Presiden Ukraine,Andriy Yermak.
Beliau turut menegaskan bahawa akan ada tindak balas terhadap tindakan Rusia itu,sambil menyeru negara-negara Barat agar mengenakan tekanan ekonomi yang lebih kuat terhadap Moscow.
Susulan serangan itu juga,Poland mengerahkan pesawat pejuang bagi memastikan keselamatan ruang udaranya dan meletakkan sistem pertahanan udara darat dalam keadaan berjaga-jaga.
Langkah itu diambil selepas beberapa negara Eropah menuduh Rusia menceroboh ruang udara mereka dalam beberapa minggu kebelakangan ini yang menurut NATO,merupakan cubaan untuk menguji tahap ketegasan pakatan tersebut.
Rusia menafikan sebarang rancangan untuk menyerang negara anggota NATO dan memberi amaran kepada pakatan itu agar tidak mengambil tindakan balas lebih agresif. - AFP
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur